Monolog "Perpisahan"

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Perpisahan, bukan pengakhiran bagi segalanya.
Perpisahan, boleh jadi permulaan bagi segalanya.

Kerana apa?

Kerana,

Perkataan "Pergi" itu akan menjadi satu alasan seseorang untuk kembali. Jika bukan kamu yang kembali, aku yang kembali. Kembali menjalani semuanya sendiri. Kembali menjalani semuanya tanpa ditemani kamu di sisi, dan kembali untuk jatuh cinta lagi.

Perpisahan ini adalah sebuah rencana, perpisahan ini jugalah tujuannya. Jangan menyesal, sebab telah banyak kita pelajari sepanjang perkenalan ini. Yang pada akhirnya kita tahu bagaimana saling menjaga hati, meskipun yang menjaga belum tentu selamanya ada.

Aku pernah bahagia, kerana kamu. Aku pernah kecewa, kerana kamu. Kita juga pernah tertawa dengan alasan yang sama juga sederhana. Kita pernah menangis saat ditimpa masalah. Kita pernah ada, sebab itu adalah ceritera yang tercipta dalam kehidupan sepanjang bersama.

Kini, kita telah memilih langkah yang berbeza, dan ini bukan bererti yang kita tidak akan bertemu lagi nanti. Hidup ini kan seperti roda? Meskipun kita berbeza arah, tapi kita semua punyai tujuan yag sama.

Bila nanti Tuhan pertemukan kita di persimpangan, janganlah antara kita malu untuk menyapa, walaupun hanya untuk bertanyakan khabar dan berbicara luarannya. Jangan sesekali antara kita bertanya, "Siapa yang sedang kita bahagiakan saat ini?" . Kerana kita berhak untuk bahagia, dengan cara kita sendiri.

Bahagia mungkin tidak pada saat ini, tapi nanti. Pasti.

Bila saat itu nantinya terjadi, pastikan kita bersama orang-orang yang telah ditakdirkan dan tersenyumlah. Saat itu, aku tahu aku ada alasan yang kukuh untuk tidak menangis lagi kerana perpisahan.

Dan aku tahu,

Yang namanya manusia itu, terkadang Allah takdirkan bertemu dengan manusia lain hanya sekejap. Cukup untuk mencipta serangkap kenangan sebagai penyambung rindu di kemudian hari nanti. Jadi, biasa-biasakanlah dalam hati untuk menerima kunjungan yang tidak kekal. - GM.

Yang pergi itu cinta,
Yang datang itu jodoh.

By, @gadismonolog
Picture by, @ammararasy

#gadismonologshare

Comments

Popular posts from this blog

UiTM Dengkil

Interview Dentistry UiTM 2016

ED00 or DS240