Reblog: Manisnya Cinta Anak Muda

Cinta itu fitrah dalam sanubari manusia namun ia juga boleh menjadi fitnah kepada mereka yang bercinta. Sungguh orang yang beriman itu cintanya bersangatan kepada Tuhannya. Dia tahu hakikat cinta yang dicari itu sangat dekat dan pintu bahagia itu sangat hampir. Segalanya akan menjadi indah bila mencari cinta tanpa melupakan Dia, Allah yang memberikan rasa cinta itu.


Tika kau gelisah runsingnya fikiran,
Kau terlupa tenangnya membaca Al-Quran.


Tika kau asyik seronoknya maksiat,
Kau terlupa indah lagi jika bertaubat.


Tika kau mengeluh besarnya dosa,
Kau terlupa besar lagi pengampunan-Nya.


Tika kau bertangguh untuk kembali,
Kau terlupa sekejap nanti kau mungkin pergi bertemu Ilahi...



Ahmad Syafiq Jusoh
Biro Dakwah & Penerangan
PRM Junior 2015
From Tinta DakWHAT by Persatuan Rakan Masjid UiTM P. Alam


PS: Memang benar apa yang dinukilkan oleh sahabat ini. Beringat sebelum terkena azab-Nya.

Comments

Popular posts from this blog

UiTM Dengkil

Interview Dentistry UiTM 2016

ED00 or DS240