Si Comel dan Si Kambing

By Richard Borrmeister (1876 – 1938, German)


Pada suatu hari.. Di zaman milennia ini, terdapat seekor kambing tersesat di Lembah Harapan. Dia sesat kerana melilau tidak tentu hala.

Dari jauh, Si Comel sedang menyiram pokok ros yang belum kembang sambil menyanyikan lagu 20, part Seungkwan. Tetiba, Si Comel terdengar bunyi kambing mengembek. Setahu dia, tidak pernah orang membela kambing di situ.

"Kambing jadian atau apakah?" Dia tanya dalam hati.

Kerana sifat ingin tahu telah membunuh kucing-kucingnya, dia meletakkan hos air dan mencari punca bunyi kambing itu. Dia ternampak seekor kambing sedang makan bunga ros yang sedang mekar. Perasaan dia, 😀😑

"Sanggup dia makan bunga ros aku! Siap la. Aku panggang kau."

Namun, benda lain yang terjadi. Kambing itu hanya menggigit tangkai bunga ros merah itu. Lalu kambing itu pergi ke arah Si Comel. Si kambing itu seolah-olah membuat muka, 'Terimalah bunga ini.'

Si Comel yang baran tadi, membatalkan niat untuk mengamuk dek terlihat riak kambing. Lantas Si Comel menerima bunga ros itu dengan mengambil bunga itu dari mulut kambing itu.

Si Comel terasa terharu kerana dia tidak pernah diberi bunga oleh sesiapa pun. Lantaran tindakan kambing itu, hati dia tersentuh.

Tetiba, sesuatu yang berlaku. Si kambing itu lenyap dalam sekelip mata. Si Comel tersentak.

"Kambing! Kambing!" Dia memanggil-manggil kambing itu.

Hatinya koyak.

Baru sahaja dia ingin merasa perasaan mendapat bunga tetapi kambing itu telah hilang dari pandangan dia.

Dia mula menangis.

"Agaknya, aku memang tidak layak untuk menerima kebahagiaan." Rintih dia bersendirian.

Terasa bahunya disentuh seseorang.

πŸ‘¨πŸ½‍⚕"Awak ok?"

Si Comel berpaling dan melihat pemilik suara itu. 

Seorang doktor.

Si Comel hanya mengangguk lemah.

"Terima kasih," kata doktor itu sambil menghulurkan sekuntum bunga ros.
Si Comel kaget.

"Terima kasih kerana bebaskan saya dari sumpahan ini."



PS: Lol. I did this. Sepatutnya I need to study final. Hahahaha.

Salam Final dari Saya, Pelajar USB.

Comments

Popular posts from this blog

UiTM Dengkil

Interview Dentistry UiTM 2016

ED00 or DS240