KGSP 2016
Rasa macam nak menangis bila notis KGSP 2016 keluar di FB Official Korean Embassy. "Aku sudah selesa di sini, engkau baru nak keluar?" Dalam hati, terdetik perasaan ingin apply biasiswa ni. Pabila aku melawat website KGSP, lantas aku berdoa semoga apa yang aku pilih adalah benar. Aku baca faedah biasiswa, syarat dan sebagainya itu. Tiba-tiba... "Fly semasa hujung bulan Februari? Aku belum habis asasi lagi..." "Recommendation letter? Ada.. Tapi di kertas lain.." Dari situ aku terdetik.. Mungkin aku di sini menjadi orang yang lebih baik. Mungkin aku di sini, mendapat tarbiyah yang lebih baik. Hidup dengan lebih selamat. Makanan halalan toyyiban. Dapat bergaul dengan rakan yang mengingati Allah selalu. Berjumpa dengan orang yang 'osem'. Lebih dekat dengan keluarga. Mudah untuk dihubungi.. Ada hikmahnya.. Sayonara, KGSP 2016. In shaa Allah, ada rezeki, aku mencuba nasib dalam KGSP 2017 application. Tapi, celaru...