Posts

Showing posts with the label sehati sejiwa

Perutusan YDP PRM 31 Ogos 2015

Bismillah. "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat" [Surah An-nasr : ayat 1-3] . . . Merdeka! Merdeka! Merdeka! . Itulah laungan keramat yang digemakan saban tahun. Dari anak-anak kecil pasca merdeka sehingga warga emas yang mendekati umur sembilan dekad mengkaguminya dengan cara masing-masing. Lagu kebangsaan diputar berkali-kali di corong radio mahupun di kaca televisyen sehingga seantero Malaysia mampu merasai kehangatan kehadirannya. . . Saya terkenang kenangan ketika saya diusia kecil di sekolah rendah megah mengibarkan jalur gemilang sambil berteriak sepenuh hati bersama rakan-rakan yang lain ketika diminta menyanyikan lagu Keranamu Malaysia. Dijalanan pula, kita sendiri dapat melihat betapa m...