Perutusan YDP PRM 31 Ogos 2015

Bismillah.

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat" [Surah An-nasr : ayat 1-3]
.
.
.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
.
Itulah laungan keramat yang digemakan saban tahun. Dari anak-anak kecil pasca merdeka sehingga warga emas yang mendekati umur sembilan dekad mengkaguminya dengan cara masing-masing. Lagu kebangsaan diputar berkali-kali di corong radio mahupun di kaca televisyen sehingga seantero Malaysia mampu merasai kehangatan kehadirannya.
.
.
Saya terkenang kenangan ketika saya diusia kecil di sekolah rendah megah mengibarkan jalur gemilang sambil berteriak sepenuh hati bersama rakan-rakan yang lain ketika diminta menyanyikan lagu Keranamu Malaysia. Dijalanan pula, kita sendiri dapat melihat betapa meriahnya jalur gemilang digantung dan dikibarkan sambil ditemani simbahan lampu berwarna-warni di Kota Metropolitan. Wah, betapa sungguh dirasai kemeriahan menyambut kemerdekaan yang saya rasa lewat umur belasan dahulu!
.
.
Jika ditanya anak-anak watan sebelum merdeka, dengan mata yang berkaca-kaca sambil menahan sebak mereka pasti mengatakan nilai merdeka itu tiada tandingannya. Kenangan mereka yang hidup bersama regim penjajah membawa seribu rasa ketakutan, kemiskinan dan kemelaratan sehingga diumumkan merdeka oleh Almarhun Tunku Abdul Rahman pada tahun 1957.
.
.
Maka, saya tanyakan kembali apa nilai merdeka pada diri kita selaku anak-anak muda yang merupakan aset paling berharga negara?
.
.
Suka disini saya ingin membawa kalian semua menelusuri kembali kisah sirah perjuangan Rasulullah S.A.W. yang di utuskan dengan dua perkara utama didalam risalahnya yakni tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan syariat Baginda S.A.W. yang berupa cara hidup untuk manusia.
.
.
Kemerdekaan yang di bawa oleh Sang Rasul itu bukanlah berupa kemerdekaan tanah air daripada regim penjajah bahkan kemerdekaan minda dan jiwa daripada bertuhan selain Allah. Selama 13 tahun Rasulullah S.A.W. dan para mukmin berpahitmaung di Mekah, bertahan dengan agama yang satu iaitu Islam, (hanya mengaku bertuhankan Allah) yang pada ketika orang-orang Mekah megah dengan jahiliyah bertuhankan berhala buatan tangan sendiri. Keperitan demi keperitan dirasai sehingga keluar perintah dari Allah untuk Rasulullah S.A.W. dan orang-orang mukmin keluar berhijrah ke Madinah.
.
.
Di fasa Madinah, Rasulullah S.A.W. bersama orang-orang mukmin Muhajirin dan Ansar membina negara islam pertama di dunia. Kerana persaudaraan yang teguh antara Muhajirin dan Ansar, sikap Rasulullah S.A.W. yang tegas apabila berhadapan dengan kaum kafirin dan munafikin dan kepercayaan dan keyakinan yang jitu para mukminin kepada Rasulullah S.A.W. dan risalah baginda, kita dapat menyaksikan 10 tahun selepas itu pembukaan Kota Mekah berjaya di buka tanpa perlu kaum mukminin menghadapi peperangan seperti sebelum ini. Beratus berhala di musnahkan sejurus Rasulullah S.A.W. dan para mukminin membuka kota Mekah. Dan akhirnya azan di gemakan oleh Bilal bin Rabbah sehingga didengari oleh kesemua penduduk kota Mekah. Pengakhirannya kita dapat menyaksikan berbondong-bondong para penduduk kota Mekah menyatakan keislamannya.
.
.
Dengan rasa rendah hati, saya menyeru dan mengajak kita selaku anak muda harapan agama dan negara untuk kembali menyemak risalah-risalah para rasul dan mentaati segala suruhan dan menjauhi larangan Allah S.W.T. serta mengamalkan cara hidup islam yang sebenar-benarnya. Berhala moden pada hari ini bukan lagi berbentuk batu-batu kerikil sebagaimana zaman dulu, bahkan ia lebih halus sehingga si penyembah tidak menyedari akan tindakan menyembahnya. Mereka lebih dikenali dengan bahasa ideologi-ideologi buatan manusia sehingga manusia lain rela mengetepikan suruhan dan larangan Allah demi memenuhi ideologi itu.
.
.
"Sebaik-baik muslim itu adalah yang berfikir, bergerak dan hidup sebagaimana islam mahukan."
waAllahu'alam.
Salam Merdeka Yang Ke-58.
.
.
.
Ahmad Izzat Ahmad Basri
Yang Dipertua,
Persatuan Rakan Masjid UiTM Palam sesi 15/16


Erm.. Merdeka kita, merdeka mereka???

Allahumma sallim al muslimin fii kulli makaan wa kulli zamaan..

 

Comments

Popular posts from this blog

Rukun Ukhwah

[Medical Lab Technology] and [Biomedical Science]

Interview Dentistry UiTM 2016