MDS Jun 2015

Alhamdulillah.. Tamatlah sudah MDS Jun 2015! But, sedih sangat! Lepas ni, memang kena menghadap buku, notes dll.

Saya sampai di Puncak Alam sehari sebelum daftar, 1 Jun 2015. Saya stay di homestay dekat2 je dgn PALAM.

Esoknya, kami bertolak ke PALAM selepas sarapan. Walaupun belum pukul 8 pagi, jem macam kat KL dalam PALAM ni. Hehe. Walaupun jem, saya dapat Rafflesia Aras 1. Alhamdulillah, dekat dengan aras bawah n tak perlu naik lif. Rumah saya pun dekat dengan bilik study a.k.a TV (tak sempat tengok tv pun), laundry n surau blok.

After intro dengan roomate, nama dia Ayuni. Org Kedah. Yeah! Orang utara jugak.

My housemate yang lain,

Iffah (Pahang)
Afiqah (Johor)
Ayu (Kedah)
Huda (Kelantan)
Hidayah (Selangor)
Liyana (Selangor)
Sasha (Kelantan)
Nisa (Selangor)

Hehe.. lagi berapa negeri cukup seMalaysia.

Ok, now MDS. Minggu Destini Siswa. Banyak precious memories dlm MDS ni.

First day, petang selepas Asar, PMDS (fasi), buat intro. Pada waktu malam, kami, Asasi, sibuk briefing, prepare n recheck dokumen yang perlu dihantar pada UiTM n KPM pada hari esok. Kalau tak check elok2, nanti dapat masalah. Haha. Malam tu memang kena tahan ngantuk sebab dokumen ni memang penting!

Next day, kami daftar di PSB (Plaza Satelit B). Pakai baju formal. Di situ lah, first time menapak Tangga Kejayaan PALAM tu. Saya kira, 3 minit untuk turun n 6 minit untuk naik (lama sebab berselfie. Haha). Kalau nak naik tangga ni, prepare air n tenaga ye.

Kalau tengok PALAM, kata Iffah, macam satu bandar. Saya memang akui yang PALAM ni cantik. Oh.. Semakin jatuh cinta kat PALAM. Tapi, yang sedihnya, batch kami kena pindah ke kampus Dengkil. Kt situ, akan jadi pusat asasi. Nanti tak de lah berterabur lagi.

Lepas registration, saya beli labcoat. Then, kami melawat PTAR (library). Cantik2. Bentuk donut (haha). Selesa. Memang nak jadikan PTAR as my third home after home n Rafflesia.

PM memang nak buat kami seronok time MDS. Macam2 lah depa buat. Tarian Chick Cheep, Baby Shark dll.

Kami pun ada senamrobik di Padang Kawad. Mengah jugak sebab lama tak bersenam.

Then, ada jugak ceramah n taklimat.

Malam last tu, ada Malam Sahabat Selamanya. Best2. Seronok.

Pada hari last, kami berikrar. Maka dengan itu, jadilah kami sebagai Mahasiswa UiTM.

Saja malas nak cerita banyak2. Kalau nak experience MDS yang PMnya sporting, rohani diisi, masuklah UiTM. Terbaik punya.

Sedih jugak ramai PM dari UiTM Shah Alam. Redha je.

FYI, Asasi Palam (Sains + Engineering) = 3000++

Ramai x? Kalau ada yang tanya kenal ini atau itu, haha, saya tak dapat tolong sebab terlalu ramai umat-Nya kat sini.

Ini sneakpeak dari IG saya.


A photo posted by anairdahalim (@anairdahalim) on

A photo posted by anairdahalim (@anairdahalim) on


Ada jugak pic dari IG uitmpuncakalam. Semua gambar cantik-cantik.


Coretan @fafaz_leen MDS.. Apa tu?? MDS = Minggu Destini Siswa a.k.a minggu orientasi kat UiTM. Org selalu ckp MDS ni mcm hell, penat, tak cukup tidur, boring.. Tapi bila aku alami sendiri #MDSJun2015 ni, tbh mmg penat & tak cukup tidur BUT! BEST SANGAT SANGAT SANGAT Abang2 & kakak2 PM kat #uitmpalam ni mmg baik sgt! Kitorang belajar byk benda baru, menyanyi, menari.. Semua activities kat sini mmg best except for part kena bgn awal pagi & dgr ceramah/taklimat yg well, u know, sgt "interesting" .. Tapi sygnya, harini is the last day.. Tipulah kalau aku cakap aku tak happy, tapi deep in my heart, sedih jugak Lepas ni dah tak boleh jumpa & having fun dgn abang2 & kakak2 PM lagi.. Lepas ni kitorang kena berdikari sendiri.. Takde lagi abang2 & kakak2 PM yg boleh tolong kalau ada masalah.. Kepada adik2 yg nak masuk UiTM & dgr cerita2 tak best psl MDS ni, mohon jgn ambil kisah sgt.. Sbb MDS ni mmg bagi satu memory yg sgt indah kepada korang nnt Kepada abang2 & kakak2 PM utk #MDSJun2015 di #UiTMPalam , korang memang the best! Thanks sbb menjadikan MDS satu pengalaman yg sgt indah & gembira buat saya! #MDSJun2015 #UiTMPalam Mana adik2 asasi ? Sila tag kawan2 anda, bagi komen MDSJun2015 sepatah dua kata huhuhu Lensed by @akunano #uitm #uitmdihatiku #uitmpuncakalam #uitmpalam #puncakalam #palam #palamers #palamians #regrann #MDSJun2015
A photo posted by UiTM Puncak Alam™ (@uitmpuncakalam) on

Ok. Dah lah tu. Nak study pulak. Pray for me.

 #MDSJun2015 #UiTMPuncakAlam #UiTMPalam

Comments

Popular posts from this blog

Rukun Ukhwah

[Medical Lab Technology] and [Biomedical Science]

Interview Dentistry UiTM 2016