Offer Letter

Petang tadi, bangun aku dari tidur. Tengok phone. Ada sms masuk. Rupa-rupanya, result kemasukan degree UniKL dah masuk. So, aku terus buka website UniKL untuk tengok kos apa yang aku dapat.
BACHELOR OF INFORMATION TECHNOLOGY (HONS) IN COMPUTER SYSTEM SECURITY

Wow! Best program ni. Boleh tau macam mana nak secure system. Macam mana nak halang hackers. Hahaha (gelak jahat). Tapi... Petang tadi aku fikir-fikir sampai aku tak 'lalu' nak bukak whatsapp. Huhu.

Program ni kat UniKL MIIT. Kat Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Nampak tak ketinggiannya? Uish. Haha
(Gambar ehsan website UniKL)
Pergh! Tengah bandar betul tu. Hahaha. Aku rasa beberapa lama boleh jadi culture shock. Ye la. Aku kan orang kampung ja. XD Dulu pun kampus kat ceruk hutan dan luar bandar sikit. Masuk je Shah Alam n Putrajaya, teruja. Hahaha. Tapiii.. Lagi pun, Putrajaya tak busy macam KL. Kereta sikit-sikit je. Takde jem teruk. Tu aku tak berapa jakun sangat. Kalau KL, hmmm.

So, aku decide untuk pilih universiti yang ada environment yang hijau. Yang terbina di kawasan luar bandar. Haha. Sebab tu aku suka giler UiTM Palam. Sebab banyak pokok.

Tapi ni gambar Palam baru siap. So, takde pokok T.T
Sorry, UniKL T.T

Yes, ok je aku pi sana. Tapi... Parents aku galakkan aku pi UA (Universiti Awam) lagi. So, aku follow je apa yang parents aku galakkan. Lagipun, fees di UA lagi murah (maybe).

Then, aku memang harapkan aku dapat program yang aku nak.

Doakan yang terbaik untuk aku. :) Nak jadi doktor gigi ni. Hahaha. Tapi kalau rezeki pergi ke program IT or Food Tech, ok jugak. :D

Tetiba teringat kat kawan aku sorang ni. Dia pursue study dalam Diploma Pentadbiran Awam di UiTM selepas tamat asasi. Semua mesti pelikkan? Including me. Tapi bila fikir balik, dia kata memang dah minat kat program tu. So, dia masuk la situ. :D

Apa-apa je la Paan. Asalkan hang berjaya nanti. Kerja PTD pun best apa. Silap hari bulan, hang jadi duta kat negara mana-mana entah. Hahaha. Boleh la aku nak bangga. XD

All the best semua yang tertunggu-tunggu result UPU macam tunggu orang datang meminang tu. Hahaha. 

Comments

  1. Always believe in who you are and what you can do...unikl is not so bad...one of the greatest university...under mara so you can get a loan which can be change to scholar if you have a good greds...discuss with your parents and pray for His rahmat to give you the right decision...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Unikl is not bad. Haha. But i prefer ipta more. 😁

      Delete
  2. Hai, upu dah klua .. how yours result? Dpt x dentistry uitm ? 😃

    ReplyDelete
  3. Hai, upu dah klua .. how yours result? Dpt x dentistry uitm ? 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiii. Alhamdulillah.. Sy dpt dentistry uitm. 😊😊😊

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rukun Ukhwah

[Medical Lab Technology] and [Biomedical Science]

Interview Dentistry UiTM 2016