ggAida: GV Black Classification

Siyes malam ni bosan giler. Haha. Scroll twitter, ternampak tweet seorang dentist ni. Pasal GV Black Classification ni.

Apa itu GV Black classification tu?
Before nak tau classification apakah itu.. Jom kenal GV Black dulu.
Dr. Greene Vardiman Black, or popular di kalangan dentist dengan nama GV Black dan Bapa Pergigian Moden (Father of Modern Dentistry). Beliau juga Father of Operative Dentistry (Operative Dentistry ni, senang kata, prosedur tampalan semua tu) :D
Banyak sumbangan beliau kepada dentistry. Antaranya:

  • Sebab fluorosis pada gigi
  • Ideal cavity preparations (How nak lubangkan gigi before tampal dll)
  • Foot-driven dental drill (control drill pakai kaki. Rasa macam tengah drive kereta or guna mesin jahit) XD
Even idea beliau "Extension for prevention" tu orang dah jarang pakai, tapi berjasa untuk amalgam usage.

Ok2. Takut melalut ke tempat lain.. Jom sambung ke GV Black Classification..

GV Black ada buat pengkelasan karies gigi (gigi berlubang) berdasarkan lokasi karies tu. Sampai sekarang orang pakai pengkelasan ni even ICDAS lagi detail.

Pengkelasan ni, ada 5 kelas:



Class I
Caries lesion at occlusal posterior tooth. (Atas gigi bahagian belakang: geraham, geraham kecil). Kat are pits and fissures. (kat permukaan gigi yang ada macam lembah)
Caries kat lingual part of anterior tooth pun duk dalam kelas ni.

Class II
Caries lesion at the proximal surface of posterior tooth. (celah2 gigi bahagian belakang)

Class III
Caries lesion at proximal surface (celah2) of anterior tooth (gigi depan: kacip, taring) WITHOUT affecting incisal part (tempat gigit makanan)

Class IV
Caries lesion at proximal surface (celah2) of anterior tooth (gigi depan) WITH affecting insical part

Class V
Caries lesion at cervical part of tooth (leher gigi // sempadan gigi dengan gusi)


Ok.. Done pasal GV Black ni. Nanti kita story-mory pasal ICDAS pulak. ICDAS ni apa benda pulak?
Pengkelasan karies gigi jugak. Tapi lagi detail.

Kbye~

Comments

Popular posts from this blog

UiTM Dengkil

Interview Dentistry UiTM 2016

ED00 or DS240