Mitos Fluorida

Ok. Nak lari jap dari study. Hehe. Kejap ye wahai nota-nota sekalian.

Hari ni, first time Dr Luay (he's Iraqi) ajar kitorang Oral Biology untuk Anatomy section. Tajuk hari ni, Tooth Development dan Enamel Development. Then.. Kitorang pun tahu la pasal fluoride.

Ok. Sekarang nak tanya... Mesti pernah dengar kan pasal mitos ni.

"Kalau pakai ubat gigi yang ada fluoride / fluorida, gigi akan cepat terhakis."
 Now, this statement is actually, correct partially. Separuh betul, separuh tak betul.

Sebelum nak cerita perkara sebenar, jom kenal anatomi (structure) gigi kita dulu.

Ehsan Wikipedia. Hehe..
Jom detect enamel gigi. Kat mana dia? Warna putih yang kita nampak ni la Enamel. Ok, sekarang kita dah kenal Enamel. Yang lain tu, kalau korang rajin nak kenal, google sendiri. Hahaha.

Enamel ni... Terbentuk dari cell ni. Nama dia, Ameloblast. Ameloblast ni terbentuk time kita jadi embryo lagi. Haha. Time tu, ameloblast tu aktifla merembes Enamel Matrix (enamel yang tak mature lagi). Even time kita keluar dari rahim mak kita, ameloblast still busy buat enamel matrix tu. Sebab kenapa? Kan time lahir kita tak dak gigi lagi. Huhu. Diorang still diproses di bawah gusi kita ni. Faham kan?

Bila gigi kita mula tumbuh...

Comel kan?
Ameloblast dah kena fired dari kerja dia 'membina' enamel tu... So, ameloblast bertukar la jadi Reduced Enamel Epithelium (ok, abaikan REE ni).

So... bila ameloblast tak de.. Maka, tiada lah lagi pembentukan enamel yang berlaku.. Jadi.. Sebarang fluorida yang di'gosok' pada permukaan enamel tu, tak kan diserap ke dalam enamel because.....

Ameloblast kan dah tak de. :) Ameloblast je boleh serap benda-benda tu. Enamel dah tak leh dah. Sebab enamel dah cristallized.. Crystal tu maksudnya dah keras la.

Ok. Now back to the statement above.

Yang sebetulnya..

KANAK-KANAK 7-8 TAHUN dan IBU MENGANDUNG tak digalakkan menggunakan produk yang mengandungi fluoride. Ini kerana...

Kanak-kanak... Memangla enamel gigi susu dah keras kejung. Tapi.. jangan lupa.. Ameloblast gigi kekal still tengah besarkan gigi kekal yang kat bawah gigi susu. Faham kan? :)

Nampak tak gigi kekal kat bawah gigi susu tu? Sorry gambar macam seram. Haha

Wanita mengandung pulak, sebab embryo dia tu tengah the making of gigi susu. :D

 So.. bagi yang bukan 2 golongan di atas ni.. Boleh consume fluoride. No effect of fluorosis on our enamel. Tapiii, ada effect jugak kalau guna berkilo-kilo fluorida. Effect dia, mati la kita. Hahaha. Yang pi telan ubat gigi berkilo-kilo tu dah kenapa? XD

Faham kann? Ok, done about this. Teringin nak cerita pasal kampus dan kolej. Tapi.. tak de masa lagi. Huhu. Nanti-nanti ye. :) Nak bagi semangat kat adik-adik yang nak jadi Dental Surgeon. :)

Ok. Pray your future tooth-fairy ni study elok-elok. Tapi, perjalanan masih jauh lagi. Baru Year 1. Still belajar Preclinical Study yang berlambak modul tu. Hahahahaha. Sorry gelak kuat sangat sebab hadap terms yang macam-macam.

Then, please keep this in your minds. Dentistry bukan mudah. "Alah.. Gigi je punn." That's my statement in 3 years ago. But now.. I retake that statement. This is because.. Preclinical year lagi TOUGH dari medical student. Nampak tak aku siap boldkan tulisan tu? Huhu. Sebab dental student perlu belajar benda yang sama dengan medic which are:

Anatomy
Biochemistry
Physiology
Microbiology
Pharmacology
Pathology
Patient Care and Professional Development
Subjek wajib universiti such as English, Mandarin, Computer Science

dan kami punya extra ialah.... Oral Biology. :D All about teeth. Seronok tauu. Nanti masuk simulation lab yang ada patung mulut ternganga luas dan ada banyak klinik yang besar giler. Ada 40 dental chair dalam stiap klinik tu. Aipp aipp aida. Enough. Pi bagi spoiler situation di UiTM Sungai Buloh pulak kat post ni. Hehe. Ni, lain kali ye.

Huhu. Ok lah. Done bebel pasal ni. Kbai. :D

Comments

  1. Nice info...but then,really hard to understand,haha..need to repeat then will I understand..gudluck future tooth fairy ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oohh. Sorry because i'm not great in explaining something. Thanks for feedback :) i'll improve myself. Haha. Thanks for wishing me of luck.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rukun Ukhwah

[Medical Lab Technology] and [Biomedical Science]

Interview Dentistry UiTM 2016