Dent Is Try: Semester 2

Ya Allah...
Habis jugak sem 2 ni..
Alhamdulillah..

Sem ni, totally different dari sem 1 yang 'sedentary lifestyle.' Haha.

Nak baca sem 1 dulu? Kat SINI

Ok. We are going to the 2nd Semester.

Sem ni, kau akan banyak menangis kalau hati lembut macam aku. >.<

"Sesiapa yang bekerja keras sahaja akan disayangi."

"Jangan buang masa."

"You must know it already."

Yeah, welcome to the practical session.
Di mana kau habiskan lebih 60% masa sem 2 untuk praktikal.

Before we go to the real business, these are our courses that need to be learnt in this sem.

Foundation of Medical and Oral Sciences (Cardiovascular and Respiratory System)
  • Anatomy
  • Physiology
  • Biochemistry
  • Microbiology
  • Pathology
  • Pharmacology
  • Oral Biology

Patient Care and Professional Development (yang ni sikit je sem ni)
Introduction To Clinical Practice (best sebab Dr Nik and SN* n DSA** yang ajar)
Operative Dentistry and Endotology (tampal2 gigi or learn how to restore teeth)
Prosthodontics (gigi palsu or denture, all about aethetic)
Sejarah Malaysia (yeah sejarah Form 4 dan Form 5)
English For Academic Writing
Red Crescent (Bulan Sabit Merah Malaysia), ni dah part II
Introductory Mandarin I (yeay Mandarin, tapi kena ambik 3 sem ye + wajib)

*SN: staff nurses
**DSA: Dental Surgery Assistants

Ada lagi subjek lain kat course registration, tapi yang ni je wajib belajar untuk sem ni.


Banyak la jugak nak kena belajar tapi modul dalam BMS, ada dua je kalau nak compare dengan Sem 1.

Entah. Aku pun macam tak tau nak cakap macam mana kesusahan tu. Ok, take a deep breath and say, "It is easy."

Ok ni jadual harian.

#1 Bangun pagi. Setiap hari, kelas start pukul 8. Lecture dulu se'round'. Sejam.

#2 Yeay masuk Simulation Lab / Simlab. Kat sini, ada phantom head / dummy / patung / patient acah kita. All dental procedures yang dipelajari, applied bila masuk Simlab. Bestttt. Tapi best la bagi sape handskill dia bagus and aethetic. Kalau macam aku... Haha. Tak pe2. Practice dulu sampai boleh.
Practical Operative Dentistry (DOE) dan Prosthodontics (DPR) yang akan dijalankan kat sini.

Muka excited masuk Simlab.

Tapi bila dah hujung-hujung sem, semua dah barai. Hahahaha. Tak de la. Enjoy je apa yang dipelajari. Best.

Start sem ni, akan sehidup semati dengan dental instruments.

Ok ni before nak buat restoration.

Denture kawan yang dah siap. Cantik kannnn

My girls. Haha. Nak tunjuk scrub as our uniform je.

Tak de dah baju kurung or shirt. Pakai la scrub ni sampai sem 10. XD
Kalau nak pakai pun, hari yang tak ada Simlab session.

#3 Tak lupa juga kepada Prosthetic Lab or Prostho Lab, nama manja dia. Tempat hibernasi bagi sesiapa yang nak buat DPR punya project. Subjek lain seperti Orthodontics pun buat kat sini. Tapi tu senior punya subjek. Korang akan buat Prostho Lab as 'rumah kedua' selepas kolej. 😏

#4 Lunch hour. Sejam lebih je. Cukup untuk makan dan solat.

#5 Sebelah petang, university courses punya kelas. Sometimes, subjek BMS pun buat time petang2. Mengantuk ke tak mengantuk, kita redah je bersama.

#6 Then, balik kolej dan bum!


Mostly time, memang hidup kat lab. Penat jugak sebab kena focus on those things dalam masa yang lama. Lama-lama, 4 jam tu macam pendek je.

Then, prepare diri tau before belajar. Means tahu apa yang nak dibelajar. Bukan masuk kelas / lab tanpa sekelumit ilmu pasal tu. Faham kan? Haha.

Last but not least, mohon tabah untuk menempuh semester ini dan yang mendatang. 😉

Sekian, TQ

Comments

Popular posts from this blog

Rukun Ukhwah

[Medical Lab Technology] and [Biomedical Science]

Interview Dentistry UiTM 2016