The Restaurant of Love Regained by Ito Ogawa


Storyboard 5/5
Buku ni, nipis je. Tapi, jalan cerita dipenuhi dengan hidangan or cuisine dari bermacam-macam negara walaupun Ringo adalah seorang wanita Jepun.

Selepas Ringo ditinggalkan teman lelakinya, dia balik ke pangkuan ibunya, Ruriko. Ruriko adalah seorang ibu tunggal. Ringo sendiri tidak tahu siapa bapanya.

Ringo membuka sebuah eatery (restoran), The Snail. Dia dibantu oleh seorang kawan lama. Dengan masakan yang disediakan oleh Ringo dengan penuh perasaan, ramai yang tertarik dengan hidangannya yang istimewa. Walaupun dia pernah difitnah tentang restoran yang kotor, dia tetap meneruskan minatnya dalam memasak.

Ruriko menghidapi kanser. Walaupun begitu, dia tetap meneruskan niatnya untuk berkahwin dengan lelaki yang dicintainya semenjak di bangku sekolah. 

Selepas Ruriko tiada, Ringo tidak mempunyai semangat untuk membuka kedainya. Akan tetapi, selepas dia terdengar bisikan ibunya, dia bersemangat dan kembali memperoleh suaranya yang hilang selama ini.

Sebenarnya, saya tak tahu kenapa Ringo boleh jadi bisu buat sementara waktu. Mungkin sebab trauma or something else. Macam Abby dalam drama Be Careful With My Heart.

Language 4/5
Mudah faham.

Must read? 5/5
Bacalah dan selamilah alam memasak! Boleh abaikan makanan yang tidak halal.

PS Novel ni, ada movie. Kalau sesiapa tahu movie ni, tolong share. TQVM.

Comments

Popular posts from this blog

Rukun Ukhwah

[Medical Lab Technology] and [Biomedical Science]

Interview Dentistry UiTM 2016