The Lost and Found Girl by Catherine King


Storyboard 3/5
Beth, seorang anak yatim tidak menjalani rumah tangga yang bahagia bersama Edgar, seorang anak orang kaya. Beth memperoleh sepasang kembar. Malangnya, Edgar memisahkan mereka tanpa sempat Beth menyusukan mereka. Edgar menghantar Daisy kepada sepasang suami isteri yang kejam. James pula dijadikan anak angkat Lord Redfern, bapa saudara Edgar demi nafsu pada harta.

Beth hampir menjadi separuh gila kerana dia diabaikan dan diberi ubat yang mengandungi dadah. Namun, Abel, kawannya, sanggup menjaganya dan menjejaki James dan Daisy selama 16 tahun.

16 tahun kemudian...

Daisy melarikan diri daripada keluarga angkatnya bersama Boyd, abang angkatnya. Sebenarnya, mereka belum lagi mengetahui hakikat Daisy seorang anak angkat. Boyd sedaya upaya untuk tidak mencintai Daisy kerana dia ialah 'adiknya'.

Daisy dan Boyd bekerja dengan Lord Redfern. Apabila Daisy berjumpa dengan James, mereka mula bercinta.

Akhirnya, Abel menjelaskan hal sebenarnya. Daisy dan James dapat bertemu kembali dengan Beth. Edgar meninggal dunia tidak lama selepas Lord Redfern pergi. James menjadi pewaris harta Lord Redfern. Daisy dan Boyd dapat bersama.

Language 3/5
Mudah faham.

Must read? 1/5
Jalan cerita memang ok. Tetapi, disarankan baca sinopsis sahaja. Haha.

Comments

Popular posts from this blog

Rukun Ukhwah

[Medical Lab Technology] and [Biomedical Science]

Interview Dentistry UiTM 2016