Memoirs of A Geisha by Arthur Golden
Storyboard 4/5
Chiyo, gadis kecil yang telah dijual kepada sebuah Okiya (rumah Geisha). Sejak itu, dia berazam untuk menjadi seorang geisha setelah terjumpa dengan Chairman (Iwamura Ken) yang budiman dan Mameha pula sudi membantunya untuk merealisasikan impiannya. Hatsumomo memusuhinya kerana Chiyo atau Nitta Sayuri (nama selepas menjadi perantis geisha) memiliki sepasang anak mata biru yang cantik. Pumpkin turut membenci Sayuri kerana dia percaya Sayuri merampas haknya. Nobu pula, ingin menjadi danna (orang yang menyara geisha) Sayuri. Sayuri berasa tersepit kerana dia mencintai Chairman. Akhirnya, Sayuri dapat bersama dengan Chairman dan dia membuka sebuah tea-house (restoran teh) di New York.
Language 5/5
Saya baca review di sebuah laman web. Ada yang kata, "Terlalu banyak perumpamaan!" Tapi, bagi saya, bahasa yang digunakan oleh penulis amat indah. Penulis memang describe secara terperinci. Contohnya, dia menggambarkan kecantikan baju kimono yang dipakai Mameha.
Must read? 3/5
Bolehla. Mula2, ingatkan buku ni kisah benar. Rupa-rupanya, tidak. Tak apa. Just getting know the life of a geisha!
PS - Geisha is not synonym to gisaeng.
Comments
Post a Comment