PI080

Alhamdulillah... Saya dapat UiTM Asasi Sains :D My first choice (walaupun letak kat nombor 2)



Memang seronok tak terkata ketika menerima SMS daripada MOE. Alhamdulillah!
Happy macam dapat tawaran belajar di Korea :D

Dengan bantuan Kak Aniqah Rushda, Kak Dayah Nazri (ex-SKDA), senior dan bakal PALAM yang lain dari Grup Halatuju, Whatsapp dan lain-lain, dapat juga faham prosedur pendaftaran, MDS dan sebagainya. Yang seronoknya, roomate Taayah dulu (bilik KP yang paling rare), Nabila pun masuk. Ada lagi yang lain. Zinnirah, Fatin, Upaa, Ainin..

1. Pergi cari Borang Bantuan Kewangan Asasi.

Ini.. Untuk sesiapa yang dapat asasi. Pergi download borang tu dan isi. Isi elok-elok dan kemas sebab karang, Kementerian tak nak terima borang tu. Pastikan ruangan 'KERAJAAN' dikosongkan.

Penjamin.. Boleh parents.. Kalau orang lain, kena bawah 45 tahun. Better yang kerja kerajaan sebab senang sikit nak minta cop bagai tu.

Saksi, cari tok penghulu senang. Pengetua dan penolong kanan sekolah pun boleh. Tapi, sekolah menengah sahaja.

Setem hasil kena matikan? Pergi je kat pejabat hasil dan minta mereka yang buatkan.

Warning! Pastikan tarikh perjanjian adalah SAMA tarikh dengan setem hasil dimatikan, guna pen dakwat HITAM dan jangan guna correction pen kalau ada salah. Potong je atau print je kertas baru kalau ada bajet.

2. Isi borang semua tu.

Isi la borang. Selalunya, guna pen hitam and capital letters. Dia akan minta butiran peribadi diri, mak, abah dan lain-lain.

3. Medical check-up

Pergi buat medical check-up kat klinik krajaan atau swasta kalau ada duit lebih. Kalau UiTM (budak asasi), pemeriksaan biasa, X-ray dan air kencing. Kalau budak yang masuk diploma perhotelan, kena suntik Typhoid.

4. Bank in yuran pengajian sem 1

Ini wajib. In shaa Allah, tak mahal dan lebih murah daripada U yang lain. UiTM, print bil daripada website UiTM tu. Selepas itu..

Kalau tak ada lagi akaun Bank Islam (UiTM guna bank ni), pergi buka. Jangan lupa bawak surat tawaran sekali untuk dapat diskaun khas untuk student UiTM. Kalau dah ada, skip step ni.

Bawak bil kat kaunter dan bayar. Orang bank tu akan uruskan semua. Simpan slip pembayaran tu. Kalau boleh, scan dan fotostat. Bawa time pendaftaran U. Dinasihatkan, simpan slip ni sepanjang pengajian. Yuran kolej, lab coat (sains), blazer (law), buku dan lain-lain tu, akan bayar time lain.

5. Beli barang keperluan.

Boys, baju kemeja putih dan seluar hitam. Girls, baju kurung putih dan kain hitam (bukan skirt!)

Sebab, nanti akan diberi purple tie untuk lelaki dan tudung purple corak kuning keemasan untuk perempuan. Pakaian ni, akan dipakai time pendaftaran U dan Majlis Penutup MDS. Itu je.

Jadi baju tu, pakai baju sekolah sahaja. Tapi.. kain hitam tu.. Carilah. Saya pakai adik saya punya. :D

Barang-barang tu, macam biasala. Paling wajib, Quran! Please make Quran in ur heart, okay?

6. Cari homestay

Kalau orang yang jauh ni, better cari homestay (Puncak Alam ada hotel?) Cari seawal mungkin. Macam Mak, beliau cari selepas saya dapat tahu yang saya dapat PALAM.  Sebab, kami tak nak dah terkilan macam terkilannya kami tak dapat homestay kat Langkawi. T.T

7. Apa lagi?

Persediaan mental dan fizikal. Sebab.. mental, of course untuk study. Janganla pergi set mind, "Cari tulang rusuk yang hilang." Belajar dulu ye.

Fizikal, untuk mendaki tangga yang macam rupa Batu Caves dah. Redha je la. Bagus untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

Asasi 16/17, kome semua janganlah risau. Sebab kami, 15/16 ni, Sem 2, in shaa Allah akan merasmikan UiTM Dengkil. Sedih la pulak nak tinggalkan PALAM. Baru nak jatuh cinta dengan PALAM.

Sampaikan kami pun keliru. Kami ni PALAM ke Dengkil? Haha.


Setakat ini rasanya perkongsiannya. Ini pun, dapat maklumat daripada orang yang dimentionkan di atas.

Lupa pulak. MDS tu apa? Minggu Destini Siswa. Orientasi la. Seminggu je.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rukun Ukhwah

[Medical Lab Technology] and [Biomedical Science]

Interview Dentistry UiTM 2016