Final Decision for UPU after SPM

Bismillahirrahmanirrahim..

Permohonan IPTA/UA (UPU) dah tutup. Ya Allah.. Semoga apa yang kupilih ini betul dan bersesuaian denganku..


This is my final choice.

Lawak sikit untuk UPU ni. Sebenarnya, saya nak PALAM (UiTM). Tapi, pergi letak PASUM (UM). Entah kenapa dengan fikiran time tu. 

"Doakan Aida dapat UiTM, Mak. Aida tak nak masuk UM. Takut~" Saya suarakan ketakutan kepada Mak.
"Nak takut apa bendanya. Belajar je lah."

UMS dan UNIMAS, gatal pergi letak. Nak jugak. Haha. Berangan macam belajar di oversea. Memang oversea ya! Merentas Laut China Selatan. :D

Doctor-to-be. "Apasal masuk Medic? Padahal, dulu bukan main hang nak Engineering?"

Hehehe. 

SEBAB PERTAMA

Kalau anak pertama, mesti harapan keluarga kan? Memang first2 dulu, tak nak pun Medic ni. Tetapi, setelah di'basuh' dan di'klorok', akhirnya, I'm fall in love with you for second time, Anatomy!

Mana taknya, orang suka kata, "Ni mesti jadi doktor ni." So, I decided to be a specialist doctor in ________________ (tak decide lagi nak jadi doktor apa. Either O&G or Ophtalmology)


SEBAB KEDUA

Actually, dulu saya pernah jatuh cinta dengan bidang perubatan ini. Tetapi, yang lawaknya, diri ni tak berani disentuh doktor. Kena suntik, menangis. Kena cabut gigi, menangis. Aigoo... (Sampai sekarang kut~)

Selalu jugak la membelek buku nota dan Anatomy milik Allahyarhamah Cik Jan (nurse kat Emergency Department, Hospital Putrajaya). Then, memang seronok belajar Science Form 3 dengan cikgu.

Unfortunately, cintaku diambil orang~ Haha. Fizik dan ICT meragut 'passion'ku terhadap Biologi. Entahlah. Saya lagi faham benda-benda macam waves daripada photosynthesis. Ish3.

Pabila saya di Form 5, Cikgu Umi mula membuatkan saya tertarik kembali pada Biologi. Tetapi.. Malas nak mengaku. So, I only keep it up with Physics. That's why Bio and Chemistry left behind Physics. I'm sorry, my dearly Biology and Chemistry... T.T

After SPM, saya pun mengisi 'masa lapang' dengan tonton satu drama ni. 

Emergency Couple. (Spoiler: Actually, tak tengok sampai habis.. Haha.. Just nak tengok Ji Hyo and the ED team bedah orang. Romance ni, tak main la sekarang ni. Baru umur 18, dah mengada nak kahwin!)

Dengan tengok drama ni, memang melatih saya untuk berani tengok orang membedah pesakit. Pergh! Macam / Memang real!

Part paling best / ngeri, time Ji Hyo (Jin Hee) dan Jin Hyuk (Chang Min) terperangkap di dalam lif dengan patient yang separuh nazak (sakit apa entah). Mereka berdua tu baru intern (kalau kita faham la, Housemanship / HO). Mana lah boleh nak bedah orang sesuka hati. Kena supervise dengan doktor atasan. So, Jin Hee video call doktor yang supervise mereka (haha.. dah lupa nama dia apa) untuk ambil tindakan seterusnya terhadap patient. Tetiba, entah macam mana, Jin Hee terlepas handphone daripada tangan dan mereka terputus panggilan. Bila nak call balik, tak boleh.

Jadi, demi selamatkan pesakit tu, mereka kena buat trachaetomy. Inilah satu-satunya istilah yang saya ingat daripada drama ini.

Trachaetomy tu.. Wiki kata..

Tracheotomy (US /ˌtrkiˈɒtəmi/ tray-kee-aw-tə-mee) is a surgical procedure which consists of making an incision on the anterior aspect of the neck and opening a direct airway through an incision in the trachea (windpipe).

Maksudnya, pembedahan yang menghiris leher depan dan membuka ruang udara dengan menghiris trakea (saluran udara ke paru-paru).





Ngeri tak dengar? Time tengok tu, mata tak pejam. Tapi tangan kat leher. Mana tak nya.. Si Changmin dah nak hiris kulit leher tu dengan menggunakan scalpel (Mesti ada sesiapa teringat peristiwa bedah katak di Form 4). Tetiba, Changmin hilang semangat nak buat. Jin Hee terus mengambil alih tugas Changmin dan dia buat trachaetomy ke atas pesakit. Syukur... pesakit itu selamat walaupun mereka hanyalah intern.

Dah. Malas nak sambung. Kalau nak tahu, tengok sendiri.

Dengan Emergency Couple, I fall in love again. Second Confession daripada Medic la katakan.. :D

SEBAB KETIGA

I'm almost crying because my Additional Mathematics is not a A. 

"Mak, tak boleh la Aida nak ke Korea.." Saya merintih kat Mak sambil menahan air mata dari jatuh. Macam jauh je kemungkinan saya untuk boleh apply JPA Korea dalam bidang kejuruteraan.

Sebelum ini, memang saya kaji universiti yang diiktiraf JPA di Korea. Tetapi selepas tengok slip, umpama ada something yang gugur. Saya tak tahu apa benda itu. 

Then... Memang ambil masa berminggu juga la untuk pujuk hati ini. Selalu menangis. Macam the end of world rasanya masa itu.

Pabila most applied scholarships ditolak, lagi lah sedih hati ini. T.T

Suddenly... Ada sinaran baru. PCPU. Biasiswa untuk lepasan Pre U. Yes! Saya berazam untuk buat yang TERBAIK dalam Pre-U akan datang ini. Buat elok-elok! Sebab.. Saya tak nak guna duit parents. Biarlah daripada titik peluh sendiri. Kalau tak ada biasiswa yang saya dapat pun nanti, gunalah PTPTN.

Biar CGPA 4.00
Biar sem 1 4.00
Biar sem 2 4.00

Biarpun saya hanya di universiti tempatan, biarlah result itu berkualiti dan saya menjadi manusia yang berguna. Hei.. IPT & Matrik Malaysia okey je. Tetapi kita yang menentukan yang kita ni okey ke tak.

Tetiba... Engineering malap dari hati, Medic pula menjelma. Buat masa sekarang, memang saya surrender daripada Engineering (walaupun ada hati nak minta Korea Global Scholarship yang tak buka lagi tu).

Dan masa ini juga, minatku terhadap penerokaan Photoshop, Gadjet, Teknologi pun semakin berkurangan. Sedihkan? Entah la kenapa. Haha. Kalau ada orang nak suruh buat design ke apa, geleng kepala je mampu buat masa sekarang. Jeongmal mianhae..


Itulah sebab-sebab 'Why I love Medicine rather than Engineering?'

Setiap orang ada sebabnya tersendiri. Chillax if you have your own opinions.

Pray for me, ya. I want to achieve my dreams. To be the pioneer B)

Comments

Popular posts from this blog

Rukun Ukhwah

[Medical Lab Technology] and [Biomedical Science]

Interview Dentistry UiTM 2016