Jejak Menara 2015 (Pulau Pinang)

"Best! Dah lama tak pergi ke program macam ni." I'm longing for participating in camps. This programme is the very first program that I joined after SPM. So, I wanted to register via online. However, Perak's located in Seri Iskandar (very far from my home). Hence, I decided to join Penang's (nearer to my home). Free of charge.


Follow IG: @anairdahalim



Jejak Menara 2015 was organised by YADIM at USM Penang. **Sorry for switching the language**

Memang tak sesatla sebab Kak Syuhada (cousin) belajar Biologi kat situ. Cuma sesat dalam kampus time nak cari desasiswa Kak Syuhada. Saya, Mak dan Kak Ja (cousin) sampai di hadapan DKSK4 (Dewan Kuliah Sains Kemasyarakatan 4) around 7.15 pagi. Awalnya.. Jadi, kami pergi hostel Kak Syuhada untuk pick dia. Selepas ambil Kak Syuhada, baru Mak hantar saya kat DKSK balik. Time tu, dah ramai yang mendaftar. So, saya beratur and daftar via fill the form in Excel. Selepas itu, peserta diminta sarapan Mee Goreng terlebih dahulu. Saya dah kenyang dengan makan Karipap Sardin pukul 5.20 pagi tadi. **Macam sahur pulak** Jadi, dudukla kat meja yang ada dua orang ni, Shahirah dan Aina. Selepas berkenalan, kami diminta ke DKSK. Wah! Besarnya dewan kuliah ni **Biasalah. Orang tak masuk U lagi. Memang 'perak' sikit** Kami ikut cadangan Kak Syuhada, "Jangan duduk depan sangat. Nanti sakit kepala nak dongak."Bukan tak nak duduk depan, tetapi saya lebih mementingkan kesejahteraan badan. Takpe, lain kali saya duduk di depan ye, wahai Dewan Kuliah!

Pada pukul 9 lebih, program dimulakan dengan oleh pegawai dari Bahagian Kemasukan Pelajar ke USM (tak termasuk dengan International student). Kami diperkenalkan dengan USM.





USM ni, universiti kedua tertua di Malaysia selepas UM. Ada Kak Syuhada tunjuk hostel tertua di USM. Haha. Tapi, asrama Sekolah Raja Perempuan Taayah lagi lama rasanya. USM merupakan satu-satunya UA (IPTA) yang dapat APEX University (Accelerated Programme For Excellence). Program pecutan. Macam encik hari itu bagi analogi mudah. 



"Kalau kita lahir, terbaring dulu. Kemudian, tertiarap, mengesot, merangkak, tatih, jalan, berlari dan seterusnya. Tetapi, APEX ni, lepas lahir terus berlari!"

Ohh.. Begitu. Baru ku faham. Lepas matrik (kalau masuk matrik), boleh la masuk USM Newcastle (Kota Bharu, Klate).


Sesi kedua, kami dibahagikan kepada 30 kumpulan dengan menggunakan nombor yang dapat time pendaftaran. Haha. Ingatkan, itu nombor cabutan bertuah. Setiap kumpulan akan dapat fasilitator (fasi) masing-masing. Saya dalam group 28. Kami dibawa ke port yang fasi akan guna. Kami duk kat bawah pokok parking luar DKSK (kat atas). Nasib baik tak panas sangat walaupun dah pukul 11 ke atas.


Fasi saya, Kak Atikah. Course Management, Year 2. Orang Melaka. Before degree, dia STPM (Business). SPM, Science Stream.


Dalam group 28, paling muda, Form 4. Paling tua, akak lepasan SPM dan STPM sem 2.

"Kita, jangan kata apa-apa pada budak STPM and Matrik. Time depa STPM and Matrik, depa nak tebus balik untuk SPM" -Kak Atikah-
Betul apa yang Kak Atikah kata. Saya tengok budak STP Sekolah St. Michael, Ipoh pun macam hebat-hebat je. Akak-akak STPM Izzuddin pun hebat. Ada je yang dapat tawaran STPM KISAS.

Kalau study,

"Jangan study last minit! Nanti susah. Takut terbiasa." -Kak Atikah-
Student life and culture shock...
"Akak... Tak la culture shock. Tapi ada kawan yang dulunya, terjaga and tudung labuh. Bila dah masuk U (bukan USM laa), dah tak de orang nak jaga and kawal dia. So, dari selabuh-labuh, jadi sependek-pendek tudungnya. 

Ada jugak jenis yang suka keluar malam, balik 4 pagi (sebab pagar USM dekat Penang Bridge tutup 4 pagi). Pergi karaoke bagai."
Accomodation...
"Kena banyak point (macam markah kokurikulum la). Makin tinggi point, makin banyak chance untuk stay di hostel. Kalau join program macam Jejak Menara ni (means jadi AJK, Fasi, dll), boleh dapat pengalaman dan point."

Tak nak la duduk di luar. Dah lah sewa kat Penang mahal sebab banyak rumah macam Condo je. So, be active in U!

Selepas itu, ada majlis perasmian yang dirasmikan oleh pegawai dari USM. Ada juga ucapan daripada pihak YADIM (North Region). Then, kami lunch Nasi Tomato berlaukkan Ayam Masak Merah. Maka, kami merempatla di mana-mana tempat yang bersih. Di situ, Farizah join kami bertiga makan. After that, kami tunggu sekejap di DKSK4 dan dibawa ke Masjid USM oleh fasi-fasi. Hoho! Kamilah yang paling kecil di USM. Umpama kanak-kanak. Yalah. Berkonvoi ke masjid. Semua USM students yang ada, tengok je kami ni. Hehe. Rasa macam lawak. Tapi, berpeluh jugak la sebab time matahari tegak di kepala.

Di sebelah Dewan Konvo USM (memandai je nak bagi nama dewan tu), ada Chinese tengah praktis main gendang. Aku tertanya-tanya, "Nak buat tarian singa ke?"

Aina: Bukan..
Shahirah: Chon Cheng kut.
Aina: Ha. Itu la..
Shahirah: Eh, aku cakap je. Bukan betul. Hahaha. Aina iakan je.

Maka, kami gelak-gelak. Akhirnya, sampailah kami di Masjid. Alhamdulillah, ada air-cond plus kipas. Sejuk~

Usai solat Zohor, kami ternampak vendor machine air tin. Fuh.. Sedapnya. Ada Mocha la. Bila masukkan duit, mesin tu tak nak pula duit seringgit tu. Ada certain people je yang boleh masukkan RM1 tu. So, saya beralih ke mesin sebelah. Mesin yang jual air dalam cawan kertas. Haha teringat time kat SBPI Rawang. Jenuh nak beli air kat mesin tu sebab tak betul.

Alhamdulillah, mesin ni boleh guna and kena beli guna syiling. Selepas tukar duit dengan Aina, saya pun nak beli Mocha. Alamak! Terbeli Mocha Panas. Memang berpinar jari sebab cawan kertas tu nipis dan air panas. Haha. Memang 'sesuai'. Cuaca panas + Mocha Panas + Jari Kepanasan.

Berjalanlah dalam keadaan macam tu. Memang kena jalan macam Catwalk sebab takut air tertumpah kat tudung Mak. Tetapi, tetap ada air yang ter'spill'. Redha je. Nasib baik Shahirah hulurkan wet tissue untuk lap apa yang patut.

Bila dah sampai luar DKSK4, terus saya dan Shahirah habiskan air Mocha tu. Alhamdulillah, akhirnya penderitaan 'Air Panas yang dah jadi Suam'.

Sesi seterusnya dikelola oleh Kak Shadiya Abbas dan Ustaz Nabil Far East! Best. Haha. Kak Baby dan Abang Baby Face **depa yang letak gelaran tu**

Kak Shadiya pernah jadi MC dalam Haiwan Teladan, Al-Kuliyyah, Al-Hidayah.
Ustaz Nabil ialah singer dalam kumpulan Nasyid Far East. (Yang hot dengan Menanti di Barzakh)

Macam-macam Kak Shadiya dan Ustaz Nabil share. 

"Kita kena kenal dengan potensi diri. Kalau tak dapat universiti pilihan tapi dapat bidang yang dimintai, itu tak pa. Tapi kalau dapat bidang yang bukan dimintai, habislah." -Kak Shadiya-

Ustaz Nabil cerita yang dia pernah kena halau keluar dari bilik kuliah oleh pensyarah Hadith yang buta di Uni. Al-Azhar hanya kerana bertanya kepada Indonesian di sebelah dia, apa yang dia terlepas untuk 'dhobit' / baris.

So, berikan tumpuan sepenuhnya time guru/lecturer mengajar.

Ada juga Ustaz Nabil menyelit untuk mengalunkan doa.
"Allahumma inni asaluka 'ilman nafi'a, wa rizqan tayyiba, wa 'amalan mutaqabbalan."
Finally, majlis tamat. Kami photoshoot. Alhamdulillah. Walaupun sehari, tetapi dapat ilmu yang boleh dipraktikkan. 

Credit: Jejak Menara YADIM (FB)

Credit: Jejak Menara YADIM (FB). Cari di mana saya.


Thanks Mak, Abah, Kak Syuhada, family, Shahirah, Aina, Farizah, Kak Shadiya, Ustaz Nabil, Kak Atikah, YADIM, USM dan semuanya la. 

I appreciate u all.

Comments

Popular posts from this blog

Rukun Ukhwah

[Medical Lab Technology] and [Biomedical Science]

Interview Dentistry UiTM 2016