Evening at Lake

Spending time with Osem Buddy at Tasik / Kolam Basah Palam. Memang best..

Maklumlah, first time sampai situ walaupun hampir masuk bulan ketiga aku di sini.

Tasik tu, di belakang bangunan FSK 6, yang paling tinggi di Palam.

FSK 6.. Lensed time otw balik kolej..



Tasik Palam...




Bila sampai situ, memang rasa macam pergi jungle trekking. ***exaggerated*** Dengan bunyi krik2..

Bila semua dah sampai, kami mula dengan bermain kotak beracun. Muzik dimainkan. Kotak yang  berisi soalan cepu mas a.k.a cemas pun berjalan. Kalau muzik stop, mangsa tu kena cabut kertas and jawab soalan yang tertulis kat atas kertas tu.

Aina n Alya


Soalan yang aku kena jawab....

"Apakah sunnah Rasulullah yang anda lakukan pada setiap hari?"

"Makan dengan tangan kanan.. Lagi..." Aku sebut yang basic sahaja. Baru sedar, banyak betul amalan sunnah Baginda yang aku tak amalkan. Asyik suruh orang buat, tapi sendiri tak buat. Cakap tak serupa bikin.

Insaf di situ.

Aku harap perasaan ingin mengamalkan sunnah Rasulullah SAW berterusan dalam hati ini.


Lepas habis main kotak beracun, kami main Queen!

Macam mana nak main? Erm... Yang macam satu game dalam satu episod Running Man (dah lama tinggal. Mana sempat layan RM). Kena target and baling bola beracun kat Queen. Ahli group yang lain mesti protect the Queen.

Yang jadi Queennya, mestilah yang kecik-kecik. Haha. Orangnya, Kak Hanis dan Zulfa. First round, group kami menang. Bila round kedua, Queen kumpulan seberang ialah Izwannie. Main and main, kumpulan Izwannie yang menang! Jadi, keputusannya seri....

Zulaikha, Zulfa n Aina


Aktiviti seterusnya... Bagi roti kat ikan di tasik tu. Berpusu-pusu ikan datang ke kami. Seronoknya.... Seronok tengok keindahan alam. Subhanallah... Selama ni, asyik tengok bangunan empat segi dan bulat je (KKPR).

We are Osem Buddy!


Malam semakin menghampiri. Sambil ikan makan, kami dihidangi resolusi daripada games yang telah kami main.

Kotak Beracun. Apabila ditanya, kita dapat bertanya pada diri sendiri.. Adakah aku sudah melakukan itu dan ini? Kita dapat muhasabah kembali diri kita. Dapat menghitung berapa banyak amalan yang telah dilakukan untuk bekalan ke Negara Abadi.

Queen.... Kita perlu merancang strategi demi melindungi sesuatu yang berharga. Then, kita juga perlu berani menempuh cabaran yang melanda. Kalau asyik nak lari dan tak protect the Queen, bilalah game nak habis.. Haha...

Itulah antara resolusi yang aku dapat tangkap semalam.


Bagi aku, ukhwah makin erat. Sukar untuk lepaskan semua ini. Tabahkan hati. Ada hikmahnya. Mungkin menjadikan aku lebih bersedia untuk membawa kampus ke arah biah solehah di UiTM Dengkil, in shaa Allah.

Ma shaa Allah... Suatu cabaran yang amat besar....

Qabla dzalik...

Bagi akak2 dan abang2 yang bakal menjadi mahasiswa degree Palam, let's join Osem Buddy by PRM.

Osem Buddy by Persatuan Rakan Masjid


 Ku akhiri post ini dengan...

Ukhwah fillah abadan abada


#Ke_Arah_Biah_Solehah
#Islamic_Professionalism_Leads_The_Campus
#Persatuan_Rakan_Masjid




Comments

Popular posts from this blog

Rukun Ukhwah

[Medical Lab Technology] and [Biomedical Science]

Interview Dentistry UiTM 2016