Tak Nak Join
Ada member2 ajak join group untuk side income. And, ada sebab-sebab yang aku tak join.
1. Kena cari downline. Hehe. Malas. Sebab dah berazam untuk kosongkan Timeline FB dan IG.
2. Kurang gemar dengan cara promote. Aku pun tak reti promote (kalau ada orang ajar and aku yakin, bolehla.. Macam promote majalah kawan dulu2). Dan, I can see it everywhere. Sehinggakan malas nak online. Semoga korang perbaiki stail promotion dari semasa ke semasa ya. Peace!
3. Masih buntu. Macam mana nak topup? Kalau di kampus, aku beli prepaid kat kedai photostat dan kawan punya.
4. Aku seorang yang jarang topup. Selalunya, RM30 sebulan. Kalau time cuti sem ni, memang tak topup langsung. Huhu. (Harapkan wifi je). Rasanya, kalau join, kena topup dengan jumlah minimum sebulan. Entah.
5. Setakat ni, this is not my passion. Hehe. Passion aku, something else.
6. Aku tidak pasti dengan kehalalannya. Huhu. Disebabkan ini, aku berusaha study balik pasal zakat emas dll. yang makin hilang di ingatan. Cari balik buku KAFA sekolah rendah sebab senang nak baca. Hehe. Kalau ada sesiapa tahu, let me know ya.
7. Aku tidak suka dipaksa. Kalau paksa suruh benda wajib, memang la. Tapi.. Kalau paksa sesuatu benda yang harus, err... 'Hatiku memberontak!' Aku tulis di sini, kiranya dah memberontak ni. Hehe. Don't take it serious, guys.
8. Kalau ada orang tidak berminat dan terus tidak berminat, diharapkan jangan cakap belakang balik. Huhu.. Aku perasan ada orang buat macam tu. Bersangka baiklah, sahabat. Maybe dia ada sebab-sebab dia tak nak join macam aku. Disebabkan dia seperti aku perasan benda ni, lagilah dia tak nak join.
9. Aku merindui post kalian berkenaan dengan makanan rohani. Maybe ada, tapi dah jarang sangat nak jumpa. Sediiiiihhhhh... Sebab terlalu banyak dengan promotion.
Tapikan, aku suka dengan cara seorang senior dari fakulti perniagaan plus exco biro ekonomi. Dia ada online store. Jual pakaian lelaki. Kat FB, aku rasa dia ada 2 akaun. Satu, yang aku friend sekarang. Memang penuh dengan makanan rohani dan tips perniagaan + promote. Satu lagi, aku tak friend. Mungkin akaun tu untuk private akaun dia. Wallahu a'lam.
10. Last but not least. Pasal internet. Network yang aku guna sekarang, alhamdulillah. Setakat ni ok lagi sebab free kalau aktif menopup. Cukuplah sekadar tengok WhatsApp dan FB. Line pun ok. It's normal when tak ada internet kat rural area. Selagi ada wifi, aku just connect wifi. Di fasa sekarang, aku bukanlah darurat untuk guna internet walaupun internet ni sebenarnya dah jadi dadah bagi aku. Sebab tulah, aku hanya stay di network ni untuk kurangkan gejala and gian internet ni.
Bagi anda yang masih join, keep it up and don't give up andai ada orang-orang macam aku. Jangan putus asa pulak lepas baca ni. Selagi punca rezeki ini halal, teruskan.
Maafkan andai terkasar bahasa dan terasa. Maafkan andai alasan ini kurang munasabah bagi kalian. But, inilah diriku. They are just my two cents. Harap dilapangkan dada dan fikiran ya. Aku tidak marah but ada something wrong somewhere selagi tidak diluahkan.
Thanks for lending ur eyes and mind to read.
Comments
Post a Comment