Unexpectable

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga Adn. Itulah kemenangan yang besar.

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

(Surah As Saff 61: 10 - 13)


"Barangsiapa mempermudahkan kesulitan orang lain, nescaya Allah akan mempermudahkan urusannya di Dunia dan Akhirat." (HR Muslim) 


Yakinlah, bantuan Allah akan datang tanpa diduga samada melalui orang lain ataupun melalui ilham yang dikurniakannya tanpa disangka-sangka.

In shaa Allah.


PS: Doakan saya capai 4 flat dengan redha Allah, ibu bapa dan tenaga pengajar (lecturer, guru-guru, ustaz-ustazah).




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rukun Ukhwah

[Medical Lab Technology] and [Biomedical Science]

Interview Dentistry UiTM 2016